Tuesday, October 13, 2009

Tender Balak : Kroni Pas Di Terengganu Kenyang Bolot Habuan

Tender Balak : Kroni Pas Di Terengganu Kenyang Bolot Habuan
Posted on Monday, April 28 @ 12:17:16 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa



Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Kepincangan dan pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam Kerajaan Pas Terengganu menyerlahkan tembelang sebenar pemimpin mereka yang berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri tanpa berlandaskan pemerintahan secara telus seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Malah pendedahan berhubung pemberian lebih 45 kawasan balak di sekitar Hulu Terengganu yang tidak dibuat secara tender dan kebanyakannya diperoleh oleh Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) membuktikan pemimpin Pas seperti �ayam jantan yang kuat berkokok tetapi ekor penuh berselaput tahi�.
�Ternyata selepas hampir lima tahun berkuasa di Terengganu, pemimpin Pas lebih berminat mengembungkan perut dan kocek para pemimpinnya dari menunaikan janji untuk memerintah secara adil sebagaimana manifesto yang dibuat dalam pilihan raya umum 1999 dahulu�, kata Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi.

Beliau yang dihubungi laman webPemuda berkata pendedahan terbaru penyelewengan tersebut jelas bercanggah dengan janji Pas sebelum ini yang menyatakan semua konsesi balak akan diberikan secara tender terbuka bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka memerintah mengikut ajaran Islam yang sebenarnya.

Namun apa yang berlaku hari ini jelasnya, memperlihatkan kerakusan pemimpin Pas yang ternyata menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mencari keuntungan peribadi dan survival parti.

Pada masa yang sama tegasnya, penyelewengan secara berleluasa itu menunjukkan fungsi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas yang di pengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas hanyalah untuk mengaburi mata rakyat dan tidak memainkan peranan mereka yang sepatutnya.

�Jika benar badan itu bertanggungjawab di dalam melaksanakan tugasnya, perkara sedemikian tidak akan timbul. Di manakah kredibiliti mereka di dalam melaksanakan amanah yang di berikan oleh rakyat. Ini yang kita persoalkan.

�Jadi kita minta kerajaan negeri mengkaji balik fungsi badan yang ditubuhkan itu yang hanya merugikan wang rakyat memandangkan mereka tidak melaksanakan tugas secara adil dan telus�, katanya.

No comments:

Post a Comment