Tuesday, October 13, 2009

'Open vs Close tender balak BN' - Ust Azizan

'Open vs Close tender balak BN' - Ust Azizan PDF Cetak Emel
Ditulis oleh JITM
SUNDAY, 11 JANUARY 2009 15:47
KUALA TERENGGANU, 11 Jan - "Pas dan pakatan rakyat pilih calon yang boleh jadi wakil rakyat perjuangkan suara rakyat di parlimen, tapi BN pilih dia (wan farid) jadi menteri pula, Gelombang perubahan telah berlaku sejak tahun 1999, namun 'tsunami'nya hanya terserlah pada pilihanraya umum yang lepas.


"Rakyat kita mula menolak BN yang dilihat tidak mampu mengurus tadbir negara dengan baik setelah peluang 51 tahun diberi mandat memerintah dipersia-siakan oleh mereka,


"Fahaman khurafat hanya BN-Umno yang mewarisi pentadbiran negara ini terbukti bila Pas dan pakatan rakyat berjaya merampas lima buah kerajaan negeri dan dapat menguruskan pentadbirannya dengan baik, malah lebih baik dari BN yang memerintah Terengganu selama 40 tahun ni," antara ayat menarik Ustaz Azizan yang menjadi perhatian hadirin.


Ust Azizan Abd Razak semasa dalam ceramahnya di Masjid Hiliran malam tadi mengaitkan kekayaan sumber balak di negeri Terengganu yang di mana hasilnya dapat dirasai rakyat. Kehadiran beliau di Markaz UPU yang kecil itu dipenuhi dengan pengundi dan penduduk sekitarnya hingga membanjiri tepi jalan raya.


Menurut Menteri Besar kedah itu, pengurusan balak yang betul dapat memberi hasil yang banyak dan menguntungkan negeri. Di Kedah sebagai contoh, hasil yang diperolehi adalah RM16 juta apabila kerajaan menggunakan 'open tender'.


Berbanding dengan 'close tender' yang diamalkan BN sewaktu mentadbir Kedah sebelum ini, hasil yang diperolehi hanya RM3 juta.


Keuntungan RM16 dari 'open tender' yang diperolehi ini dapat diberi kepada rakyat bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.


Terengganu yang kaya dengan balak dan minyak tetapi hasil yang diperolehi sedikit berpunca dari pengurusan yang tidak betul. "Jika rakyat Amerika berani berubah, Malaysia bila lagi?" soal beliau.


"Ingatkah lagi rakyat Terengganu akan kerajaan negerinya yang diperintah BN digesa mendedahkan siapakah petualang yang mencuri balak di kawasan hutan simpan kekal di Pulau Redang, mungkinkah pencuri tersebut mendapat lindungan politik?" soal beliau kepada hadirin.


Menurut beliau, berita tentang kecurian balak ini sendiri telah di paparkan di dalam laman web kerajaan negeri pada 14hb Februari, 2005 dulu.


Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau menyeru kepada semua pengundi di parlimen Kuala Terengganu untuk bersama melakukan perubahan dengan mengundi calon pas, Abdul Wahid Endut bagi menjamin kehidupan yang lebih terjamin.

No comments:

Post a Comment