Tuesday, October 13, 2009

Skandal Balak dan Pembohongan Bersiri Hadi

Skandal Balak dan Pembohongan Bersiri Hadi
Date: Friday, February 06 @ 14:00:00 MYT
Topic: MEDIA


Oleh: Tun Jebat

Dalam akhbar Harakah terbaru milik parti PAS muka depan di satu majlis anjuran PAS dengan para diplomat asing MB Terengganu (Dato� Seri Haji Abdul Hadi Awang-DSHAHA)sekali lagi telah bercakap bohong antara lain katanya �Kerajaan PAS Terengganu berjaya mengutip hasil balak dengan banyaknya kerana mengeluarkan hasil balak melalui tender terbuka�.

Ini adalah satu kenyataan bohong. Sejak PAS memerintah mana ada satu kawasan pun hutan tanah kerajaan yang dikeluarkan balaknya melalui tender terbuka. Semuanya yang berpuluh-puluh ribu ekar itu diberikan kepada kroni-kroni atau proksi-proksi PAS yang setuju untuk memberi habuan kepada parti PAS. Hutan Simpan pula dikeluarkan tender secara tender kilat, tender runding atau tender tertutp atau sembunyi-sembunyi (untuk proksi dan kroni) yang hanya diketahui oleh pihak yang rapat sahaja dengan pimpinan PAS negeri.

Apakah Kerajaan Pas Terengganu ingin menafikan bahawa setiap orang yang ingin memohon kawasan balak di tanah kerajaan perlu merujuk kepada Pegawai Khas pemimpin tinggi tertentu terlebih dahulu? Pegawainya inilah yang akan menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak. Lembaga hasil hutan yang dipengerusikan oleh MB sendiri hanya mengesahkan sahaja untuk kelulusan bagi pemohon-pemohon yang ditetapkan. Perlu diingat, walaupun cukai balak dari tanah kerajaan dinaikkan empat kali ganda, itu hanya merupakan 30% sahaja dari nilai sebenar balak yang dikeluarkan manakala 70% lagi masuk tabung PAS dan pelesen (kroni atau proksi).

Bekas SUK dan jabatan Perhutanan Negeri pernah menasihatkan kerajaan negeri supaya semua kawasan balak dari hutan tanah kerajaan dikeluarkan secara tender terbuka seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya, tetapi tidak diendahkan kerana mementingkan tabung parti, jika tender macamana parti nak dapat duit. Masalahnya, jika pihak lain yang melakukan seperti yang PAS buat akan dituduh terima rasuah, menyalahgunakan harta rakyat, bila PAS sendiri buat dikatakan sumbangan. Sumbangan apa, belum lulus lagi dah beri syarat.

Tak peliklah kalau ada veteran PAS yang bertanya pada Haji Hadi tentang isu minta wang jika nak lulus kawasan balak dijawabnya bahawa dalam dharurat tak apa, lagipun PAS perlukan dana untuk menghadapi pilihanraya dan meneruskan perjuangan Islam (kononnya).

Di sini penulis ingin mencabar kerajaan PAS Negeri Terengganu jika benar-benar telus, adil dan bersih supaya mendedahkan disepanjang hampir lima tahun PAS memerintah:-

Nyatakan berapa luaskah hutan tanah kerajaan yang telah dikeluarkan balaknya.

Berapakah orangkah (individu) dan syarikat yang telah diberikan kelulusan serta lessen untuk mengeluarkan hasil hutan dari tanah kerajaan.

Berapa kali atau luaskah tender secara terbuka dan tender kilat dibuat untuk mengeluarkan hasil balak dari tanah kerajaan ditawarkan kepada rakyat Terengganu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PAS dulu.

Berapa luaskah Hutan Simpan yang telah dan akan dikeluarkan balaknya dan kawasan hutan manakah yang digantikan dengan kawasan Hutan Simpan yang diteroka itu.

Mengapakah pemohon-pemohon kawasan melombong juga turut diberikan balaknya walaupun dikenakan empat kali cukai. Mereka memohon tanah untuk melombong, mengapa balak juga menjadi mangsa, Mengapa tidak ditender sahaja balak dari kawasan berkenaan oleh Pejabat Hutan? Yang tersurat ialah tanah untuk melombong tetapi yang tersirat ialah kayu balaknya. Selepas balak disamun yang pasti kawasan itu belum tentu akan diusahakan.

Kemudian buat perbandingan dengan tempoh 20 tahun pemerintahan UMNO di bawah Wan Mokhtar Ahmad.

Kemyataan lain MB Terengganu dengan mengatakan sejak PAS memerintah, kekayaan negeri termasuk agihan kawasan balak diagihkan kepada rakyat secara adil. Ini juga satu pembohongan yang nyata. Berapa ramai rakyat Terengganu di diskriminasikan dalam urusan kelulusan balak yang dibuat oleh Pegawai tertentu yang nyata seorang suka cakap bohong dan janjinya tak boleh dipakai ini?

Penulis dimaklumkan bahawa ada kalangan ahli PAS luar Terengganu turut mendapat kawasan balak di Terengganu dengan menggunakan alamat di negeri ini. PAS jadikan kawasan balak seperti harta parti. Alasan orang banyak berbakti dan berkorban untuk parti sahaja diberikan kawasan balak. Apa kena mengena kawasan balak dengan bakti dan pengorbanan mereka dengan parti PAS?.

Sejak PAS memerintah Terengganu pelbagai pembohongan atau cakap tidak serupa bikin kian menyerlah. Sebelum memerintah PAS memulaukan masjid-masjid kerajaan dan tidak berimamkan imam yang dilantik kerajaan UMNO ketika itu kononya masjid dibina menggunakan hasil yang bercampur dengan cukai arak, judi dan sebagainya manakala tok imam tidak islam seperti islamnya orang PAS. Setelah memerintah, berebut-rebut pula nak jadi Pengerusi dan AJK masjid serta berlumba-lumba nak jadi imam dan tok bilal. Orang lain buat bagi PAS semuanya haram, bila sendiri buat halal belaka. Kutuk Yahudi, ajak rakyat jangan gunakan barangan Yahudi termasuk komputer Microsoft dan sebagainya, tapi dipejabat PAS dan rumah orang PAS benda itu juga yang digunakan. Mengapa tak dibuang sahaja.

Yang terbaru ialah pembohongan berkaitan dengan Ahli majlis MPKT yang muflis. Sebenarnya anggota majlis tersebut adalh merupakan Pengerusi JSR di sebuah kawasan DUN Ladang. Beliau itu bekas ahli UMNO dan hanya menyusup ke dalam PAS bila PAS menang di Terengganu dan dikatakan orang yang �bermasaalah� ketika dalam UMNO dulu. Seorang yang muflis pasti semua tandatangan dan sokongan nya samada dalam JSR dan MKPT tidak sah atau tidak laku. Memandangkan beliau itu kuat mengampu YB kawasanya, maka diberikan jawatan. Sejak menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis MPKT beliau makin nampak lagaknya dan sering mengaku bahawa ramai kakitangan MPKT yang ingin naik pangkat datang ke rumahnya meminta sokongan kerana beliau mengaku boleh mengarahkan mana-mana kakitangan MPKT supaya akur dengan arahanya. Begitulah berkuasanya beliau walaupun muflis.

Cerita bab jihad dan mati syahid. Rasulullah dan para sahabat cerita bab syahid dan mereka duduk depan untuk dapat syahid tetapi pemimpin PAS hanya cakap berapi-api di atas pentas dan tak seorang pun sehingga kini kita dengar yang mati syahid dalam perang di Iraq, Kahsmir, Afghanistan dan lain-lainya hatta pergi pun tidak. Cakap saja berdegar-degar, habuk pun tak dak.

PAS mesti ingat, kemenangan mereka di kelantan dan Terengganu berpunca perpecahan dalam UMNO bukan kerana kekuatan PAS. Rakyat tidak ada pilihan melainkan mengundi PAS selain UMNO dan ini bukan bermakna mereka menyokong PAS. Sebahagian besar rakyat tidak percaya dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka jaja hudud ke hulu ke hilir, tapi tak laksanakan juga. Jika pemimpin PAS selama ini sering mengatakan bahawa ketaatan mutlak Yang pasti PAS tak mampu untuk melaksanakanya. Macamana nak cakap pasal hukumam terhadap pencuri dalam masa yang sama PAS begitu bebas dan tersembunyi mencuri wang balak dari rakyat dengan cara memberi syarat kepada setiap pemohon yang mahukan keluluasan balak? Eloklah PAS perbetulkan ahli-ahlinya dulu yang ramai tak berakhlak dan cakap ikut sedap mulut saja. Ini bukan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi.

Di sini penulis ingin sekali lagi mencabar Kerajaan PAS atau Yayasan Terengganu supaya ditender semula secara terbuka kawasan balak yang diberikan kepada budak perempuan berumur 26 tahun yang telah menjadi isu hangat itu. Kita lihat berapa nilai sebenar kawasan balak seluas 6,400 ekar itu. Jika sah ada syarikat menawarkan harga melebihi RM1.5 juta, ini bermakna berlaku penyelewengan hasil hutan yang dibuat secara licik, tersembunyi dan terancang. Penulis bersedia bersumpah mengikut syarat syara� dengan Pegawai Khas pemimpin terbabit secara terbuka di hadapan rakyat Terengganu jika beliau cuba menafikan segala pendedahan yang dibuat berhubung hasil balak yang diselewengkan untuk kepentingan parti, dan beliau adalah merupakan dalang yang memusnahkan hasil mahsul rakyat untuk kepentingan parti dan kroni. Rakyat ditipu dengan ceramah murahan dengan direka berbagai-bagai kata manis dan putarbelit untuk mengelirukan rakyat. Kalau pemimpin nombor satu PAS sering bercakap bohong, apalah yang diharap pada yang dibawahnya. Apakah Ketua Dewan Ulamanya yang terkenal pemarah, (ulamak boleh cakap kasar)itu hendak dipercayai cakap-cakapnya?.

Yang pasti, jika PAS tumbang dalam pilihanraya akan datang, semuanya akan terbongkar. Semua nama-nama yang mendapat kawasan balak samada individu atau syarikat boleh didedahkan dalam akhbar untuk rakyat membuat penilaian, apakah yang didedahkan oleh penulis ini sekadar rekaan, fitnah atau kenyataan. Boleh dibandingkan juga nanti akan hasil sebenar balak dengan keluasan yang telah disamun dengan hasil yang diperolehi oleh negeri. Kesihan kakitangan kerajaan, mereka bekerja keras untuk memajukan negeri dan rakyat, berbagai elaun dipotong, sedangkan dalam masa yang sama, puak-puak PAS bergembira menyamun balak dan berlagak dengan kereta baru dan mewah. Jika royalty masih ada atau PAS dapat memerintah negara, apa akan jadi agaknya. Punah ranah lagilah harta rakyat dikerumun oleh puak PAS ini. Baru Allah uji dengan balak, nampaknya iman puak PAS begitu rapuh yang akhirnya tersungkur, tersembam menyembah tunggul balak. Itulah yang bakal terjadi kepada parti PAS kelak, insyaallah. Jadi tak payahlah nak kutuk atau memburukan orang lain. Cerminlah diri sendiri dulu.

Pernahkah kita dengan Nabi atau para sahabat mengutuk Abu jahal atau Abu lahab dalam menyampaikan mesej dakwah? Tapi ini berlaku pada PAS. Ini bukan berdakwah tapi cari musuh dan menyakiti hati orang lain. Akhirnya jurang permusuhan akan berterusan dan pulau memulau tidak akan ada kesudahanya. Inilah perjuangan Islam ala PAS. Jaja hudud dan islam kesana kemari untuk mendapatkan kuasa dan harta. Hakikatnya, indah khabar dari rupa. Rakyat perlu sedar dan menilaikanya semula. Jangan jadi ayam daging.

Tun Jebat - Dulu Sokong Pas, Sekarang Sokong Umno.

No comments:

Post a Comment