Tuesday, October 13, 2009

Kes syarikat balak saman RM1 bilion tangguh Januari

Kes syarikat balak saman RM1 bilion tangguh Januari

11/10/2009 3:41pm

KUALA TERENGGANU 11 Okt.— Perbicaraan kes saman sebuah syarikat pembalakan bumiputera terhadap kerajaan negeri Terengganu berjumlah RM1 bilion berhubung penamatan konsesi balak secara tidak sah yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, ditangguh ke 17 Januari depan.

Penangguhan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Zaidi Ibrahim di dalam kamar.

Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) diwakili peguam R. Sukhdev Singh dan Mohamad Fariz Mohd. Ali manakala kerajaan negeri Terengganu diwakili Penasihat Undang-undang Negeri, NoorBahri Baharuddin.

Dalam writ saman yang difailkan pada Disember 2007, syarikat itu berkata, pada 3 April 2003, ia menandatangani perjanjian konsesi melalui tender terbuka mengambil hasil hutan di kawasan seluas 16,587 hektar di Mukin Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Melalui perjanjian dengan kerajaan negeri yang ketika itu diperintah Pas, Riyapadu diberi kebenaran mengambil kayu balak dan hasil hutan di kawasan itu dan bersetuju membayar kerajaan negeri RM25 juta sebagai premium pembalakan.-Bernama

No comments:

Post a Comment