Tuesday, October 13, 2009

Jumlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sejak tahun 2006 sehingga 2008 mengikut negeri

umlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sejak tahun 2006 sehingga 2008 mengikut negeri


Kategori:Dewan Rakyat
Pertanyaan :Bukan Lisan
Persidangan : Mesyuarat ke 2 , Penggal 2 , Parlimen 12
Daripada :YB Puan Hajah Fuziah binti Saleh
[] [Kuantan]
Parti :Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Tarikh :
Nombor Soalan :262

Soalan :
Puan Hajah Fuziah binti Saleh [Kuantan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sejak tahun 2006 sehingga 2008 mengikut negeri. Apakah langkah pencegahan oleh Kerajaan dalam membendung kegiatan ini.

Jawapan
Tuan Yang DiPertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kegiatan pembalakan haram yang dikesan sepanjang tempoh 2006 hingga 2008 di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 114 kes. Pecahan bilangan kes mengikut negeri adalah seperti berikut: Bilangan kes pembalakan haram yang dikesan sepanjang tahun 2006 hingga 2008 di Semenanjung Malaysia NEGERI TAHUN 2006 2007 2008 Johor 0 0 5 Kedah 3 9 1 Kelantan 1 6 0 Melaka 0 1 0 Negeri Sembilan 2 4 2 Pahang 23 12 28 Perak 2 2 2 Perlis 0 0 0 Pulau Pinang 0 0 0 Selangor 1 0 0 Terengganu 2 4 4 Jumlah 34 38 42 Kerajaan sentiasa memandang berat isu kegiatan pembalakan haram kerana kesan negatifnya terhadap biodiversiti, kualiti hutan dan alam sekitar. Sehubungan itu, bagi membanteras aktiviti pembalakan haram, Kementerian ini melalui Jabatan Perhutanan telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut: i) Memperkemaskan dan membuat cadangan pindaan ke atas peruntukan-peruntukan dalam Akta Perhutanan Negara, 1984 [Akta 313]. Antara cadangan pindaan ialah beban bukti “strict liability” dipertanggungjawabkan kepada pesalah hutan; penalti untuk pencerobohan hutan dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1,000,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun dengan penjara mandatori tidak kurang dari 1 tahun. Selain itu, mewartakan pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk menjalankan tugas penyiasatan dan pendakwaan di negeri-negeri dan memperkemaskan lagi prosedur tangkapan, menggeledah, menyita serta menyiasat. termasuk kes kesalahan pemalsuan dokumen. Pada masa ini Rang Undang-undang Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 adalah di peringkat kajian Jabatan Peguam Negara; ii) Menubuhkan Seksyen baru iaitu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan serta memperkukuhkan organisasi Bahagian Penguatkuasaan sedia ada dengan melibatkan pertambahan sebanyak 62 perjawatan baru di JPSM bagi memantapkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan dan pendakwaan kes kesalahan hutan terutamanya pembalakan haram; iii) Menubuhkan pasukan penguatkuasaan hutan di peringkat daerah dan negeri serta pasukan ‘flying squad’ di Ibu Pejabat JPSM bagi membanteras kes-kes kesalahan hutan; iv) Mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan pembalakan haram (hotspot). Dalam hubungan ini, pasukan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri mempertingkatkan aktiviti rondaan, pemantauan, dan juga mengadakan sekatan jalanraya di kawasan hotspot berkenaan dalam usaha mengesan dan mencegah sebarang kegiatan pembalakan haram; v) Menjalankan sekatan jalanraya dari semasa ke semasa bagi mengawal pergerakan kayu balak; vi) Menggunakan teknologi penderiaan jauh (remote sensing) dan sistem maklumat geografi (Geographic Information System -GIS) untuk mengesan dan memantau aktiviti pencerobohan hutan; vii) Mengadakan sistem balai pemeriksa hutan di mana semua lori yang membawa kayu balak dikehendaki mempunyai pas memindah yang dikeluarkan oleh balai pemeriksa hutan; viii) Menggalakkan masyarakat awam membuat aduan mengenai kegiatan pencerobohan hutan yang disyaki sedang atau telah berlaku; dan ix) Memastikan bahawa sempadan kawasan-kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) berada dalam keadaan bersih serta ditanda dengan jelas dan terang di lapangan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment