Tuesday, October 13, 2009

Hasan Ali: Broker Balak Pas: Harum Elit Holdings Untung Atas Angin RM 200 Juta!

Hasan Ali: Broker Balak Pas: Harum Elit Holdings Untung Atas Angin RM 200 Juta!
Thursday, July 24 @ 02:57:30 MYT

Siapakah Datuk Azman Abdullah yang boleh meminda tawaran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu? Apakah hubungan Datuk Azman Abdullah, Harum Elit Holdings Berhad, Datuk Hasan Ali, Datuk Mustapha Ali dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Tandatanya inilah yang berlegar di dalam pemikiran penulis bila menerima satu dokumen surat bertajuk Tawaran Mengambil Hasil Hutan di Kawasan Projek Empangan Kedua Di Hutan Simpan Tembat dan Petuang, daerah Hulu Terengganu Seluas 16, 5999 ha (41, 000 ekar) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu kepada Harum Elit Holdings Sdn. Bhd yang beralamat di 714-B, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Harum Elit pula menawarkan kepada pihak lain untuk kerja-kerja pembalakan ini.

Surat yang bertarikh 7 November 2001 ditandatangan oleh Zulkiflee Haji Mokhtar, (Pengarah Perhutanan Negeri) itu lebih menimbulkan keraguan kerana salinan surat yang diterima oleh penulis menunjukan terdapat pembetulan-pembetulan bagi mengurangkan kos pembayaran kepada kerajaan negeri dan meningkatkan keuntungan syarikat telah dilakukan oleh Datuk Azman Abdullah.

Pada tawaran asal, pengarah perhutanan menawarkan RM 271 juta tetapi telah dikurangkan oleh Datuk Azman kapada RM 200 juta sahaja. Ke mana akan perginya pengurangan RM71 juta ini? Apakah ini juga masuk ke kantung Harum Elit selain keuntungan RM 100 juta hasil jualan persetujuan tender pembalakan ini?

Malah Datuk Azman Abdullah juga menulis tangan atas surat kepada Harum Elit Holding tersebut berbunyi, Kepada sesiapa yang berkenaan, "Pihak kami akan mengaturkan perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Haji Mustapha Ali dan Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu boleh dibuat di Kuala Lumpur, kemudian surat tawaran boleh dikeluarkan serta merta."

Pada hemat penulis, tentulah Datuk Azman Abdullah ini seorang yang begitu hebat kerana boleh memaksa MB Terengganu, EXCO Terengganu dan Pengarah Perhutanan Terengganu turun ke Kuala Lumpur untuk perbincangan memberi kontrak kepada syarikat yang berminat melalui Harum Elit Holdings Sdn. Bhd.

Apakah pernah dalam sejarah seorang pemimpin politik terpaksa datang ke pejabat atau ke tempat syarikat yang ingin membalak bagi menandatangani perjanjian? Begitu hina sekali taraf MB Terengganu hingga terpaksa turun berjumpa pemilik syarikat yang ingin membuat keuntungan.

Yang lebih menghairankan dalam costing projek pembalakan tersebut dari Harum Elit Holdings kepada pihak lain itu juga mengandungi kos Entertainment sebanyak RM 4, 644, 000.00. Wah empat juta lebih untuk kos hiburan. Hendak hiburkan Yang Berhormat- Yang Berhormat Pas atau siapa?

Siapakah Datuk Azman Abdullah ini dan ke manakah wang hampir RM 200 juta (RM 130 juta dari syarikat pembeli tawaran tender pembalakan + RM 71 juta pengurangan dari pembayaran kepada kerajaan negeri) untung atas angin ini digunakan?

Anehnya nama syarikat ini tidak pernah timbul dalam senarai penerima tender balak. Mengapa? Pastinya mereka ini hanya bertindak penjual tender atau orang tengah kepada kerajaan negeri terengganu. Sayangnya, duit atas angin ini juga gagal membantu Hasan Ali menyiapkan Kompleks Pas Selangor (KOMPAS). Apa sudah jadi?


Berikut ialah salinan surat dari Jabatan Perhutanan Terengganu kepada Harum Elit Holdings dan tulisan tangan Datuk Azman Abdullah (sila baca artikel eksklusif: "Broker Balak Pas: Harum Elit Holdings Untung Atas Angin RM 200 Juta!" untuk pemahaman awal.

No comments:

Post a Comment