Kerajaan UMNO/BN ‘Makan Habis’ Hutan Simpan | | Print | |
Tuesday, 10 June 2008 | |
(buletinonline) Laporan Jabatan Perhutan mendapati bahawa kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional telah mengalami kerugian teruk akibat kehilangan keluasan hutan simpan terbesar diantara tahun 2001 dan 2005. NST Online melaporkan Perak hilang 11,900 hektar (29,000 ekar), keluasan yang lebih kurang sebesar Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Negeri Sembilan hilang 8,800 hektar(22,000 ekar).
Menurut beliau pada 23 Jan lalu, media melaporkan Jabatan Hutan Terengganu sedang menyiasat satu laporan berhubung kegiatan pembalakan haram yang didakwa berlaku di luar kawasan yang dibenarkan. Beliau berkata kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Perhutanan negeri sendiri, Na'aman Jaafar berkaitan perkara tersebut menunjukkan ianya adalah sesuatu yang serius. Difahamkan sebelum ini sebuah syarikat pembalakan tempatan diberikan lesen untuk menjalankan pembalakan di kawasan itu untuk tujuan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2. Bagaimanapun, syarikat berkenaan dipercayai melakukan kerja pembalakan melebihi daripada kawasan yang dibenarkan. Na'aman dalam kenyataannya juga berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu dan telah memberi amaran akan mengambil tindakan keras jika siasatan mendapati ada orang dalam (kakitangan) yang menutup mata. Ustaz Wan Hassan Ramli yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun berharap kerajaan baru Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Ahmad Said mengotakan kata untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin olehnya lebih telus berbanding dengan kerajaan lalu. ”Dato’ Mad Said banyak mempersoalkan tentang projek-projek mega kerajaan lalu yang tidak diurus secara telus, kita berharap beliau tidak mengulangi atau mengikuti jejak langkah yang salah itu,” tambah Ustaz Wan Hassan |